Video Ngeri Kepala Air Yang Telan Remaja Batu Hampar



Video Ngeri Kepala Air Yang Telan Remaja Batu Hampar : Muhamad Khairul Azwan yang terselamat berkata, mereka pergi ke kawasan itu bersama tujuh rakan lain.
“Hujan agak lebat ketika itu. Ketika kami bersiap-sedia untuk pulang, arus deras tiba-tiba datang dan menghanyutkan adik saya.
“Saya sendiri sempat berpaut pada pokok buluh di tebing sungai. Saya kemudian menyedari dua rakan kami iaitu Farah Anisah dan Nor Aida turut hilang,” katanya.

KUALA KANGSAR – Dua remaja perempuan dan seorang remaja lelaki yang mandi di kawasan perkelahan Batu Hampar di Kampung Paya Lintah, Padang Rengas dekat sini ketika hujan lebat petang kelmarin mati lemas dihanyutkan arus deras kepala air.
Kejadian berlaku pada pukul 5.20 petang.
Mereka yang maut ialah Muhamad Khairul Safuan Tajudin, 18, Farah Anisah Ahmad Rafi, 17, dan Nor Aida Azhar, 17.
Abang kembar kepada Muhamad Khairul Safuan iaitu Muhamad Khairul Azwan, 18, bagaimanapun terselamat dan mengalami cedera ringan.
Mayat Muhamad Khairul Safuan ditemui sejam kemudian tersangkut di celah pokok buluh kira-kira lima kilometer (km) dari lokasi dia dihanyutkan.
Mayat Farah Anisah pula ditemui pada pukul 10.30 malam kelmarin kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian, manakala mayat Nor Aida ditemui pada pukul 7.30 pagi semalam kira-kira tujuh kilometer dari tempat dia dihanyutkan-kosmo

Kuala Kangsar: “Saya terpandang susuk tubuh manusia terdampar di tebing sungai. Saya tak sangka ia mayat seorang gadis,” kata peniaga, Mohd Yunus Abd Hamid, 60, yang menemui mayat seorang daripada tiga mangsa yang maut dihanyutkan ‘kepala air’ di air terjun Sungai Tempias, dekat sini, petang kelmarin.
Junus mendakwa dia yang menyapu sampah berhampiran gerainya di Kampung Labu Kabung, di sini, terkejut terlihat objek menyerupai manusia terbaring di tebing sungai tidak jauh dari gerainya.
“Saya segera memanggil anak untuk melihat objek itu selepas berasa was-was sama ada ia manusia atau sebaliknya.
“Namun saya terkejut apabila melihat siku dan dan seluar dalam dipakai mangsa,” katanya ketika ditemui wartawan, semalam.
Menurutnya, dia segera memaklumkan kejadian itu polis dan bomba sebelum mayat mangsa dibawa naik dari tebing sungai itu.
“Saya sukar percaya mayat itu dihanyutkan lebih 15 kilometer dari lokasi kejadian di Kampung Paya Lintah ke kawasan ini,” katanya.
 Video Ngeri Kepala Air Yang Telan Remaja Batu Hampar
ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa yang lemas dihanyutkan `kepala air’ di air terjun Sungai Tempias.
Mayat mangsa ketiga itu kemudian segera dihantar ke bilik Mayat Hospital Kuala Kangsar untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, empat remaja yang mandi di sungai itu dihanyutkan ‘kepala air’ di kawasan Sungai Tempias, Kampung Paya Lintah, di sini.
Dalam kejadian itu, dua beradik kembar, Muhammad Khairul Safuan Tajuddin, dan Muhammad Khairul Azuan, 18, yang mandi di sungai turut dihanyutkan arus deras.
Muhammad Khairul bagaimanapun terselamat selepas berpaut pada dahan kayu manakala kembarnya, Khairul Safuan dihanyutkan arus deras sungai.
Mayat mangsa pertama, Muhammad Khairul Safuan ditemui sejam kemudian tersangkut di celah pokok buluh, lima kilometer dari lokasi dia dihanyutkan.
p> Usaha mencari dan menyelamat dua lagi mangsa diteruskan anggota polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM3) sebelum mayat kedua, seorang gadis ditemui jam 10.30 malam kelmarin.hmetro

PESANAN TERAKHIR ARWAH
Kuala Kangsar: “Arwah teringin sangat nak makan ikan keli masak sambal, malah sempat berpesan kepada ibu supaya memasak lauk kegemarannya untuk dimakan pagi ini (semalam),” kata Nur Azlin Azhar, 19, kakak kepada arwah Nur Aida Azhar, 17, seorang daripada tiga mangsa yang lemas dihanyutkan ‘kepala air’ di air terjun Sungai Tempias, di sini, petang kelmarin.
Nur Azlin yang ditemui di perkarangan Bilik Forensik, Hospital Kuala Kangsar semalam berkata, arwah adiknya sempat berpesan kepada ibu, Maimun Mohd Shajudin, 53, supaya memasak ikan itu untuk dibawa ke tempat kerja sebagai sarapan pagi.
Beliau berkata, dia dan ibu sempat melarang arwah jangan mandi di kawasan air terjun itu kerana cuaca tidak elok dan berbahaya.
“Bagaimanapun, arwah tetap mahu pergi sebelum dijemput rakannya, Farah Anissa Ahmad Rafii, 17, untuk ke kawasan perkelahan itu, jam 4 petang semalam.
“Sebelum ini, arwah pernah mandi di kawasan itu tapi ditemani keluarga, namun semalam dia berkeras mahu mandi kerana diajak rakannya,” katanya.
Katanya, dia difahamkan, arwah mandi di kawasan perkelahan itu bersama sembilan rakan lain.
Nur Azlin berkata, adiknya berhenti sekolah dan kini bekerja di sebuah salun kecantikan di Padang Rengas.
Menurutnya, dia rapat dengan arwah, malah pernah bekerja bersama di kedai kasut beberapa bulan lalu.
Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keroh Hilir, Padang Rengas selepas solat Zuhur, petang semalam.
Seorang penduduk memaklumkan, kawasan perkelahan itu kerap meragut nyawa sejak beberapa tahun lalu, termasuk lima sekeluarga meninggal dunia dihanyutkan kepala air pada 8 Februari 1992.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Abdul Gaffar Muhammad berkata, mayat Nur Aida ditemui seorang peniaga jam 7.30 pagi semalam dalam keadaan terdampar di tebing Sungai Labu Kubong, tujuh kilometer dari tempat mangsa mandi.
Katanya, dua mayat lain termasuk Farah Anissa ditemui jam 10.30 malam kelmarin, 500 meter dari lokasi kejadian manakala Mohd Khairul Safwan Tajuddin, 18, ditemui lemas sejurus kejadian.
“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mandi-manda di lokasi perkelahan itu, terutama pada musim hujan,” katanya.hmetro


INFO : Kepala Air
Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.
Bahaya
Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Langkah keselamatan
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).

0 Response to "Video Ngeri Kepala Air Yang Telan Remaja Batu Hampar"

Post a Comment