Lapan tahanan pengganas yang didakwa di Mahkamah Lahad Datu
Berita terkini Lahad Datu pada 21 Mac 2013. Lapan tahanan pengganas yang didakwa di Mahkamah Lahad Datu semalam telah dipindahkan ke Tawau untuk perbicaraan. Mahkamah Tawau yang menempatkan Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi dikawal anggota pasukan keselamatan bersenjata sejak awal pagi Khamis.
Prosiding pendakwaan terhadap lapan lelaki Filipina akan dijalankan di Mahkamah Tawau pagi ini setelah kes terhadap mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini. Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 66 tahun itu didakwa atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan pertuduhan kedua di bawah Seksyen 130KA kanun yang sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika sabit kesalahan. Semalam kelapan-lapan mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan kes itu diperintah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.
0 Response to "Lapan tahanan pengganas yang didakwa di Mahkamah Lahad Datu"
Post a Comment