Situasi Lahad Datu: Penduduk titis air mata lihat kesan pertempuran


Salah sebuah rumah penduduk Kampung Tanjung Batu musnah terbakar 
akibat pertempuran hampir sebulan antara kumpulan militan Kiram dan 
pasukan keselamatan dalam Op Daulat.

LAHAD DATU - Kesan tembakan boleh dilihat dengan mata kasar di setiap rumah dilalui petugas media yang berpeluang melihat sendiri kesan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dengan pengganas Sulu.

Ada kesan tembakan daripada  senjata ringan seperti M-16 dan ada juga kesan  tembakan senjata berat  seperti mesingan berat (GPMG) sehingga terdapat kesan lubang besar pada rumah penduduk dan kenderaan.

Anggota tentera merakam gambar sebuah rumah penduduk 
Kampung Tanjung Batu yang hanya tinggal rangka.

Semalam, buat pertama kalinya petugas media dibenar masuk ke kawasan pertempuran bersama pasukan keselamatan, Pejabat Daerah Lahad Datu, Jabatan Kerja Raya serta 30 ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu kira-kira jam 9.30 pagi, selepas disytiharkan selamat.

Sebahagian kemusnahan tempat tinggal penduduk yang dapat dilihat di Kampung Tanjung Batu.

Sebaik tiba di Kampung Tanjung Batu, hati mula terasa sedih dan terkejut melihat kesan pertempuran yang amat dahsyat seperti kita melihat cerita-cerita perang di televisyen.

Sebak juga rasanya apabila melihat ada dalam kalangan ketua keluarga menggelengkan kepala dan ada menitiskan air mata apabila melihat sendiri kediaman mereka didiami sejak kecil musnah begitu sahaja.


Kesan-kesan tembakan pada rumah penduduk jelas kelihatan

Harapan mereka hanyalah mahu kembali aman seperti sedia kala.


0 Response to "Situasi Lahad Datu: Penduduk titis air mata lihat kesan pertempuran"

Post a Comment