Babak ranjang dalam filem melayu suatu pendidikan

“Saya tahu penerimaan penonton terhadap filem tempatan kini semakin merosot dan situasi ini tidak boleh kita nafikan. Tapi bagi saya dan juga penerbit, kami sukakan cabaran seperti ini dan kami mempunyai keyakinan dan juga kepakaran untuk memastikan filem Laga ini akan diterima ramai,” ujar pengarahnya Ismail Yaa’cob. Maka penyelesaiannya, masukkan adegan ranjang, ghairahdan berkemban, pasti akan diterima dan ditonton ramai.


Cerita pasal gaduh, lawan2, silat mana ada orang nak tengok sangat dah. Kena tambah adegan ranjang baru la orang berpusu2 datang wayang. Aku target dengan adanya babak ni, filem ni pasti akan dapat kutipan tiket lebih RM10 juta.


Dipetik daripada sini:

Sementara itu dalam laporan sama, pelakon Wan Hanafi Su berkata, babak itu bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem porno.

“Dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada memberitahu, jika ingin dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang dipaparkan. Tidak ada sebarang babak ghairah seperti yang difikirkan orang ramai. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol”, bidasnya.

Haa tengok. Adegan tu sangat penting walau kalau takde pun tak mengganggu jalan cerita, sebab ia bukan adegan porno tapi adalah suatu bentuk pendidikan kepada masyarakat, maka ia perlu dipertontonkan. Lembaga Penapisan Filem juga tak potong babak tu mungkin juga atas alasan yang sama iaitu pendidikan. Oh dan ia bukan satu penghinaan terhadap agama pun kan, kalau tak mesti dah ramai buat demo bantah filem ni kan. 

0 Response to "Babak ranjang dalam filem melayu suatu pendidikan"

Post a Comment