Sekurang-kurangnya 33 orang dikhuatiri maut selepas sebuah bas yang membawa pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilometer 36, Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.
Sehingga kini seramai 17 mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas.
Menurut bomba, 33 orang mangsa yang masih terkandas di dalam bas dipercayai mati.
Pasukan bomba dan penyelamat dikatakan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam lagi untuk mengeluarkan mangsa terbabit.
Setakat jam 6 petang ini, 16 penumpang yang cedera sudah dikeluarkan dan mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
Nahas berlaku jam 3 petang tadi ketika bas ulang-alik itu sedang menghala ke Kuala Lumpur dari pusat peranginan itu.
Lagi gambar sekitar tempat kejadian:
0 Response to "Nahas Bas di Genting Highland; 33 Disahkan Maut, 10 Gambar Terkini Sekitar Tempat Kejadian"
Post a Comment