KUALA LUMPUR – Pemandu bas yang turut maut bersama 36 penumpang selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands kelmarin mempunyai 23 rekod kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia.
Selain pemandu tersebut, bas milik syarikat Genting Highlands Transport Sdn. Bhd. dengan nombor pendaftaran WGA 4136 itu sendiri mempunyai dua rekod saman atas dua penama lain yang belum dijelaskan pada 2008.
Jurucakap polis berkata, pemandu tersebut, Lim Kok Hoe, 43, berasal dari Batu Pahat, Johor mempunyai 23 rekod saman sejak 1997 hingga 2009.
Tujuh daripadanya telah dijelaskan. Katanya, antara kesalahan yang dilakukan Kok Hoe termasuk memandu laju, menghalang lalu lintas, tidak pamer cukai jalan, berhenti di petak kuning dan tidak memakai topi keledar.

0 Response to "[VIDEO] [PUNCA BAS JATUH GAUNG] Penumpang Selamat Kata PEMANDU"
Post a Comment