Respon Fathia isu gambar berpeluk dengan Aiman Hakim Ridza


Respon Fathia isu gambar berpeluk dengan Aiman Hakim - Pada April lepas, cerita tentang hubungan intim Fathia dan Aiman Hakim Ridza telah tersebar secara meluas di laman maya selepas mereka didakwa dilihat oleh seorang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedang seronok berpelukan tanpa menghiraukan orang lain.


Menerusi Kosmo hari ini, Fathia tampil memberikan respon berhubung penyebaran sekeping lagi gambar dia dan Aiman Hakim Ridza sedang erat berpelukan dalam keadaan gelap. Gambar terbabit dikatakan telah dihantar oleh seorang peminat kepada Kosmo menggunakan e-mail.

Berikut ialah gambar Fathia berpeluk Aiman Hakim Ridza dan penjelasan ringkas pelakon itu di Kosmo sebagai menjawab kepada kritikan dan kutukan peminat di laman sosial baru-baru ini.

"Gambar itu mungkin telah dirakamkan oleh kru produksi atau pelakon tambahan ketika penggambaran drama bersiri Diandra yang melibatkan saya dan Aiman."

"Itu gambar kandid dan tidak menyampaikan apa-apa makna tersirat. Lagipun, pakaian yang kami pakai ketika itu masih pakaian konti."


0 Response to "Respon Fathia isu gambar berpeluk dengan Aiman Hakim Ridza"

Post a Comment