KUANTAN: Tiga maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah kereta di KM330 Jalan Raub-Kuala Lipis petang semalam.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Shamsuddin Wan Osman berkata dalam kejadian 4.50 petang itu, semua mangsa yang terbunuh itu, menaiki kereta Mercedes Benz dari arah Raub menghala ke Kuala Lipis bertembung dengan bas ekspres Transnasional dua tingkat.
"Berdasarkan siasatan awal, dipercayai kereta terbabit cuba memotong kenderaan lain di satu selekoh sebelum bertembung dengan sebuah bas dari arah Kuala Lipis yang membawa 64 penumpang itu," katanya kepada Bernama di sini.
Mangsa yang terbunuh pemandu kereta Liew Fatt Meng, 49; penumpang hadapan, Pang Chou Ling, 52, seorang wanita; dan Yeow Chong Han, 10, seorang budak lelaki.
Pemandu kereta terbabit mati di tempat kejadian manakala dua lagi mati di Hospital Raub.
Dua lagi penumpang kereta terbabit yang dikenali sebagai Phen Wong Som dan Yeow Yan Cheow, 20an, cedera parah.
"Semua mangsa berasal dari Benta, Pahang. Polis sedang menyiasat hubungan semua mangsa terbabit," katanya.
Beliau berkata pemandu bas terbabit Mohd Ariffin Yusoff, 53, berasal dari Kelantan, hanya cedera ringan.

Sumber: BERNAMA
0 Response to "Tiga maut, dua parah dalam nahas bas ekspress dan kereta"
Post a Comment