Warga Emas Bergaduh Hanya Kerana RM36



Sepasang warga emas suami isteri cedera parah akibat bergaduh berebut RM36. Isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya mencuri wangya sebanyak RM36 makanya mereka bergaduh sehingga pecah kepala dihentak. Mungkin bagi mereka, wang itu besar nilainya sehingga berlaku pergaduhan ala samseng itu.

Baca artikel petikan akhbar metro:

Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang.

Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.

Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.

 “Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.

0 Response to "Warga Emas Bergaduh Hanya Kerana RM36"

Post a Comment