Siapa Pembunuh Altantuya: Azilah Dan Sirul Dah Bebas

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFBfIrDaoJjf1hroVEFLr9oZGVh5J88pFuWbOUg15fqvF250k9swyrXlARZW1CfwYpDHS8c9QffDwdxbjpy7M64g7D2Cs0e6IgCVfcEK-HosFhkUt3_tuF0bJZ13Sd6b_mPACCBkwoIJE/s1600/altantuya-2.gif
 Atlantuya Shaariibuu

Siapa Pembunuh Sebenar Altantuya? Azilah Dan Sirul Dah Bebas

Pada tahun 2009, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas  dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar atas kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu, yang ketika itu berumur 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.

Seperti dijangka, pada hari ini,  Mahkamah Rayuan telah melepas dan membebaskan mereka. Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali,  Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu.
 Kes Altantuya: Azilah, Sirul dibebaskan dari tuduhan membunuh
 Gambar fail pada Februari 2009

Dalam rumusan penghakiman empat muka surat itu, mahkamah memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka. 

Tengku Tengku Maimun yang membacakan penghakiman itu berkata hakim perbicaraan telah tersalah arah dirinya dengan cara tanpa arah gagal mempertimbangkan diari stesen dan gagal membuat dapatan sama ada pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Azilah, yang merupakan tertuduh pertama dalam kes ini, berada di tempat kejadian jenayah.

Hakim Tengku Maimun berkata mengenai alibi pembelaan Azilah Hadri, mahkamah tidak menemui mana-mana dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan yang beliau telah menimbangkan sama ada diari stesen menunjukkan atau cenderung menunjukkan tentang kehadiran Azilah pada masa berkenaan dan dia tidak akan boleh atau tidak mungkin berada di tempat kejadian jenayah.

p/s: Perjalanan dan Ending kes yang agak pelik walaupun dijangka. Siapa pembunuh sebenar Atlantuya ya?

0 Response to "Siapa Pembunuh Altantuya: Azilah Dan Sirul Dah Bebas"

Post a Comment