KEJAM sekali tentera-tentera Abdul Fattah As-Sisi yang sedang menggila dan membunuh tanpa ehsan rakyat Mesir pada hari ini.
Selain membunuh penduduk tempatan yang hanya bersenjatakan al-Quran, mereka turut bertindak biadap terhadap terhadap mayat-mayat para syuhada yang gugur.
Gambar di atas antara contoh bagaimana mereka menghina dan memperlakukan mayat. Tidak cukup dengan membunuh tanpa sedikit pun simpati, mereka kemudiannya berlawak dengan menggunakan mayat tersebut. Sungguh biadap.
Dalam pada itu, terdapat satu rakaman di mana mayat salah seorang mangsa syahid tidak lut meskipun ditikam dan dirobek-robek sekuat hati oleh para tentera As-Sisi. Akhirnya, puak tentera tersebut putus asa lalu mencurah petrol untuk membakar mayat tersebut.
Tiada langsung keinsafan di hati mereka setelah menyaksikan keajaiban berkenaan malah mayat syuhada terbabit masih ditendang-tendang oleh salah seorang mereka sambil memberikan amaran.
Wallahu’alam.
“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171) – REM RAMZI
0 Response to "VIDEO: Tubuh Syuhada Mesir Tak Lut Ditikam Tentera As-Sisi"
Post a Comment