Lawak Kurang Menyengat, Itu Hanya Strategi Jozan | Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 kini bakal memasuki minggu ke 7. Antara semua peserta, Jozan antara kumpulan yang begitu mantap pada permulaan. Namun sejak kebelakangan ini, lawak Jozan dikatakan kurang menyengat. Adakah mereka sudah ketandusan idea? Atau lawak mereka semakin basi dan diulang-ulang lalu mencetuskan kebosanan penonton?
Salah seorang dari ahli Jozan, Zizan Razak menyatakan persembahan yang kurang menyengat dari mereka sejak kebelakangan ini dalam pertandingan Maharaja Lawak (MLM) 2017 adalah strategi semata-mata agar mereka tidak kering idea pada penghujung program nanti.
“Diakui, persembahan lawak kami agak kurang menyengat dalam MLM sejak kebelakangan ini, namun semua itu adalah strategi. Berdasarkan kajian yang kami buat, apabila terlalu banyak idea yang dikeluarkan pada awal pertandingan, kami terus kering idea untuk membuat lawak pada penghujung pertandingan. Jadi, kami belajar daripada kesilapan dengan mencuba strategi baru pula,” katanya dalam laporan mStar Online.
Tambah Zizan, walaupun tidak memberikan persembahan 100 peratus, dia bersama seorang lagi ahlinya iaitu Johan tetap akan memastikan agar penonton terutama peminat-peminat mereka tidak bosan dengan persembahan yang diberikan.
0 Response to "LAWAK KURANG MENYENGAT, ITU HANYA STRATEGI JOZAN"
Post a Comment