Peminat Minta Johan Asari Doakan Hatinya Terbuka Peluk Islam


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, nampaknya ramai artis-artis tempatan mengambil peluang untuk menunaikan ibadah umrah mereka pada bulan Mac ini.


Sebelum ini kita sedia maklum, Shila Amzah dan Elfitra Loy telah terbang ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama keluarga tercinta. Dan yang terbaru, pelakon filem Juvana iaitu Johan Asari turut difahamkan telah berangkat ke kota Mekah bagi menunaikan ibadah umrahnya pada 27 Mac lalu.

Menerusi laman Twitter milik Johan, ramai peminat telah mendoakan semoga aktor tersebut selamat menjalankan ibadahnya dan tidak kurang juga ada antara mereka yang mengirimkan doa kepada pelakon berkenaan.

Dalam ramai-ramai individu yang mengirimkan doa, admin tertarik dengan seorang follower yang dikenali sebagai Chai Tzyy Ping, di mana individu tersebut telah meminta agar Johan mendoakan semoga suatu hari nanti hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam.

0 Response to "Peminat Minta Johan Asari Doakan Hatinya Terbuka Peluk Islam"

Post a Comment