Berita Terkini Lahad Datu 29.3.2013 OPS Daulat hari ke 25



Semalam menyaksikan seorang lagi anggota saki-baki pengganas Sulu ditembak mati apabila lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna


Sepanjang Operasi Daulat,pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain

Mengenai pengganas yang ditembak mati itu dia merupakan seorang  pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai ‘Imam Tua’

Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis


Penduduk Tanjung Batu Dibenarkan Pulang Pada Sabtu


Penduduk Kampung Tanjung Batu dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing Sabtu ini selepas kampung berkenaan diisytiharkan bersih oleh pasukan keselamatan

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib bagaimanapun berkata kepada media hanya penduduk yang mempunyai dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia sahaja dibenarkan berbuat demikian, manakala yang tidak mempunyai dokumen akan ditempatkan di satu kawasan penempatan khusus yang akan ditentukan nanti.

Pun begitu rombongan itu akan diiringi pasukan keselamatan bagi tujuan keselamatan

0 Response to "Berita Terkini Lahad Datu 29.3.2013 OPS Daulat hari ke 25"

Post a Comment