Operasi Daulat pada hari ini sudah memasuki hari yang ke 22,objektif utama operasi itu yang bermatlamat mengembalikan keamanan dan mempertahankan maruah kedaulatan negara kini menuju kejayaan
Semalam menyaksikan seorang lagi saki-baki pengganas Sulu yang dalam keadaan tertekan menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak Gempur Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas tersebut.
Berada dalam keadaan terdesak,dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri
Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya
Pengesahan
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato’ Seri Zulkifli Zainal Abidin ketika dihubungi media mengesahkan kejadian itu
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya (VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersama ATM akan diadakan hari ini
Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasi pemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain
Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yang dilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakan terhadap pasukan keselamatan
Semalam menyaksikan seorang lagi saki-baki pengganas Sulu yang dalam keadaan tertekan menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak Gempur Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas tersebut.
Berada dalam keadaan terdesak,dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri
Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya
Pengesahan
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato’ Seri Zulkifli Zainal Abidin ketika dihubungi media mengesahkan kejadian itu
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya (VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersama ATM akan diadakan hari ini
Dua kereta perisai berantai dikerahkan
Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yang dilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakan terhadap pasukan keselamatan
0 Response to "Berita terkini Lahad Datu 26.3.2013 OPS Daulat hari ke 22 "
Post a Comment