MARCH 3, 2013 Mulanya Pencerobohan Lahad Datu: Pengganas Sultan Sulu Di Bom Jet Pejuang!





isu pencerobohan lahad datu

Isu Semasa Lahad Datu : Ingatkan keadaan sudah mula terkawal, tetapi nampaknya isu pencerobohan Lahad Datu sudah semakin serius.
Kali ini, berlaku tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah kira-kira 7.30 malam kelmarin.Ikuti laporan akhbar di bawah.


isu tembak menembak semporna


Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan ada pegawai dan anggota pasukan keselamatan terkorban dalam kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, jam 7.30 malam tadi.

Sehingga jam 12 tengah malam, beliau bagaimanapun masih belum dapat memberi butiran lanjut mengenai jumlah sebenar anggota pasukan keselamatan yang maut dan cedera kerana masih menunggu laporan penuh daripada ketua setiap pasukan ditugaskan.

“Saya mengesahkan ada kejadian tembak menembak yang berlaku di sekitar Semporna, hingga menyebabkan anggota kita terkorban.

“Kita minta penduduk di kawasan sekitar sentiasa berwaspada dan memaklumkan segera kepada polis sekiranya ada sebarang unsur yang mencurigakan,” katanya ketika dihubungi BH malam tadi.
Ismail berkata, pihak polis akan memaklumkan kejadian itu dalam masa terdekat sejurus menerima laporan penuh daripada komander setiap kawasan yang terbabit.

Dalam laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, Ismail berkata, kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya Siminul itu susulan pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di kampung berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan itu bertujuan mengesahkan pembabitan pencerobohan di Lahad Datu.
“Setakat ini, polis belum dapat mengesahkan jumlah mereka terbabit dalam kejadian itu. Bagaimanapun dipercayai mereka yang terbabit tidak lebih 10 orang,” katanya.

Sungguh kecewa kami kerana isu pencerobohan ini masih belum dapat ditamatkan.Makin banyak anggota polis Malaysia yang terbunuh angkara pencerobohan ini.Bagi kami, ini sudah melampau.Kesultanan Sulu benar-benar membangkitkan kemarahan kami.

Kami amat mengharapkan agar pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di-Raja Malaysia dapat menggembleng tenaga dalam menghapuskan pemberontak-pemberontak ini.Mereka-mereka ini perlu diajar cukup-cukup. Tidak perlu nak berunding-runding lagi.

Kami doakan keselamatan kesemua pihak berkuasa yang terlibat dalam isu pencerobohan Lahad Datu ini.Bagi kami, anda semua adalah WIRA NEGARA!

Berita Terkini Di Semporna Dan Kunak
Isu di Semporna telah berjaya di atasi.Dalam usaha mengeluarkan mayat 5 anggota polis, telah terkorban seorang lagi anggota polis kita. 16 lagi anggota polis dapat diselamatkan. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Berikut adalah senarai nama 6 orang anggota polis yang telah terkorban semasa serangan di Semporna :
Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)

ASP Michael, (KCKD Semporna)
Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)



Berita Semasa

4 Mac 2013 – 20 orang pemberontak berjaya ditahan Komando tentera sebentar tadi.

5 Mac 2013

8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan udara. Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera. Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.Di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo dilaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat wartawan menginap.Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.

8.45am: Penduduk  Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka.  Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.

9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.

9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu,  mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.

9.45am: Menurut ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.

9.55am: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

10.09am: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.

10.15am: Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com – portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.

10.17am: Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya
.
10.43am: Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mendedahkan satu pertemuan diadakan pada malam tadi di antara setiausaha luar negaranya Albert F del Rosario, menteri luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

10.45am: Media Filipina melaporkan jurucakap presiden negara itu Benigno Aquino berkata Manila melakukan apa yang termampu untuk mengelakkan situasi di Sabah berakhir dengan keganasan.

10.57am: Polis memperluaskan kawalan dari kawasan konflik ke kawasan luar dan menutup semua pintu masuk ke Kampung Tanduo.Anggota polis dengan raifal dilihat mengambil kedudukan di kawasan ladang sawit sebagai persediaan untuk menghadapi penceroboh yang lolos.

11am: Datuk Seri Najib Razak berkata operasi besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat dan polis.

11.02am: Pekerja ladang kelapa sawit dilihat berkumpul di bawah satu pondok sementara. Mereka diminta menangguhkan tugas sementara polis memperluaskan kawalan di sekeliling ladang tersebut yang terletak hampir dengan kawasan pertempuran

1.10am: Bercakap dalam satu akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatanyang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.

1125am: Satu-satunya stesen minyak di kawasan Felda Sabahabt kehabisan petrol. Kawasan itu terletak kira-kira 15km dari Kampung Tanduo yang menjadi medan pertempuran.

11.35am: The Star yang memetik sumber polis melaporkan, kumpulan penceroboh bersenja di Kampung Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya.

11.50pm: Seorang wartawan ABN-CBS memuatkan gambar penunjuk perasaan membakar gambar menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan presiden negara itu, Benigno Aquino.

11.54am: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi pembersihan. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui.Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.

11.54am: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.

12.44pm: Laman The Philippine Inquirer menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.

12.50pm: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata makanan disediakan untuk penduduk yang tersesar.

1pm: Dalam satu lagi laporan pada 12.43pm, Philippine Daily Inquirer melaporkan dakwaan Azzimudie, yang mengetuai kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu memberitahu jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani bahawa mereka sedang “beristirahat”.

1.08pm: The Star dalam laporan di Twitter menyebut, Semporna diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan Ops Sulu di Tanduo.

1.15pm: pegawai-pegawai Jabatan Penerangan mengedarkan jaket kuning terang bertulis ‘media’ kepada wartawan di pusat media.

1.30pm: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi tiba di Felda Sahabat dengan helikopter dan diiringi ke bilik taklimat.

1.42pm: ABS-CBN melaporkan bahawa Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata.

1.54pm: Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menasihatkan warganya agar tidak mengunjungi kawasan pantai timur Sabah, termasuk bandar Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

4.30 pm : Seramao 20 Mayat anggota pengganas telah ditemui dalam serangan bom pagi tadi.

 7 Mac 2013

Laman web berita ABS-CBNnews.com Filipina melaporkan Jamalul Kiram meminta satu gencatan senjata diadakan bagi menamatkan krisis pencerobohan kumpulan pengganas di Sabah.

Malaysia menolak gencatan senjata yang diisytiharkan oleh Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid melalui ‘tweet’nya, Khamis.

Beliau berkata gencatan senjata itu hanya akan diterima jika semua militan menyerah tanpa syarat.

“Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan,” katanya melalui twitter.
Terdahulu, Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.

“Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis,” kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com.
Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.

Jurucakap itu juga memberitahu Reuters bahawa 10 pengikut Sultan di Lahad Datu telah meninggal dunia ketika berdepan dengan pasukan keselamatan Malaysia dan 10 lagi telah ditangkap.
Empat pengikut yang lain cedera, menurut Idjirani.

“Mereka tidak akan pulang ke rumah, dan lebih rela mati berjuang,” katanya mengenai baki pengikut di Sabah, menurut Reuters.

Ketua PBB sebelum ini telah menyatakan kebimbangan mengenai kesan akibat pencerobohan terhadap orang awam, termasuk pendatang di rantau ini


0 Response to "MARCH 3, 2013 Mulanya Pencerobohan Lahad Datu: Pengganas Sultan Sulu Di Bom Jet Pejuang!"

Post a Comment