Isu Lahad Datu : Raja Muda Sulu Datu Agbimudin@Azzimuddie Kiram Bekas Penjawat Awam & Rakyat Malaysia?

Agbimudin@Azzimuddie Kiram di dalam bulatan
Isu Lahad Datu: Kali ini, kami agak terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Startegik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam yang mendakwa bahawa Raja Muda Sulu, Datu Agbimudin@ Azzimuddie Kiram adalah bekas penjawat awam dan rakyat Malaysia.

Raja Muda Sulu Datu Agbimudin@Azzimuddie Kiram Bekas Penjawat Awam & Rakyat Malaysia?


Persoalan demi persoalan hadir di benak kami,memikirkan samada adakah dakwaan ini benar atau hanya berupa fitnah.Ternyata dokumen-dokumen yang akan kami kongsikan di bawah ini, adalah benar pada pandangan kami.Anda lihat dan nilaikan sendiri.

Dari maklumat ‘Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah’ seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah mengesahkan Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pengawai Pentadbir Muda di Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.

Kami tertanya-tanya, mungkin bukan hanya Datu Agbimuddin@Azzimuddie sahaja yang mempunyai kerakyatan Malaysia.Mungkin ada lagi di antara pengganas-pengganas Sulu yang cuba membuat pemberontakan di Lahad Datu juga warganegara. Kalau benar, mengapa kerakyatan ini diberi dengan begitu mudah?

Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini, walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu.Kami ada dengar-dengar mengenai isu Projek IC di Sabah, yang dikenalpasti telah bermula sejak tahun 1982 lagi yang akan kami kongsikan dengan anda sedikit masa lagi.

Adakah peristiwa Lahad Datu ini berkait dengan isu Projek IC? Pendapat anda?


0 Response to "Isu Lahad Datu : Raja Muda Sulu Datu Agbimudin@Azzimuddie Kiram Bekas Penjawat Awam & Rakyat Malaysia?"

Post a Comment