LANUN SULU GUNAKAN KANAK-KANAK SEBAGAI ASKAR GANTIAN UNTUK GEMPUR TENTERA MALAYSIA!!!



Kalau dah dasar lanun, memang selama-lamanyalah lanun. Biarpun kononnya mereka beragama Islam, tetapi perangai mereka sedikit pun tidak mencerminkan sebagai orang Islam, sebaliknya mereka seperti kumpulan Batiniyah yang sangat bergantung harap kepada kuasa-kuasa ghaib seperti hantu, jin, puaka dan jembalang.Beberapa hari lepas, lanun-lanun Sulu memekak dan menyalak-nyalak macam anjing terputus ekor apabila pihak keselamatan Malaysia telah tertembak seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan seorang wanita. Berita tersebut telah dijadikan berita sensasi dan pembuktikan kononnya, Malaysia adalah sebuah kerajaan yang kejam yang sanggup membunuh anak-anak kecil dan wanita.

Hakikatnya, berita sebenar, langsung tidak disebut oleh puak-puak lanun tersebut. Mereka tidak menceritakan tentang pencerobohan mereka ke negara lain. Mereka juga tidak menceritakan tentang golongan wanita dan kanak-kanak yang telah dijadikan sebagai sebahagian tentera mereka.

Kejayaan pasukan keselamatan Malaysia memintas lanun-lanun Sulu di laut, pastinya menambahkan lagi kecewa Jamalul Kiram III dan anak perempuannya yang berlagak macam puteri raja.

Justeru, tidak menghairankan sekiranya lanun-lanun Sulu itu akan memulakan usaha untuk pertempuran baru dengan menggunakan anak-anak di bawah umur dan kaum wanita. Penemuan mayat wanita Sulu yang menjadi penembak curi sudah cukup untuk membuktikan lanun-lanun yang menerima upah untuk mati di Sabah itu sanggup berbuat apa-apa sahaja.

Pasukan keselamatan Malaysia seharusnya lebih berhati-hati menangani lanun-lanun Sulu ini. Malah rakyat Malaysia di Lahad Datu dan Semporna juga perlu memastikan tiada askar-askar kecil Sulu ini bergerak dan menyamar sebagai penduduk tempatan tetapi sebenarnya dihantar untuk membunuh orang awam dan anggota keselamatan Malaysia.


BACA JUGA DI SINI

0 Response to "LANUN SULU GUNAKAN KANAK-KANAK SEBAGAI ASKAR GANTIAN UNTUK GEMPUR TENTERA MALAYSIA!!!"

Post a Comment