Dia dikatakan berjaya ditembak mati dalam salah satu pertempuran dengan pasukan keselamatan kita.
Dengan berpakaian celoreng bercorak ala-ala harimau bintang, wanita ini terbujur kaku dimamah peluru yang dimuntahkan oleh anggota komando yang terlibat dalam Ops Daulat.
Sebenarnya penglibatan wanita dan kanak-kanak dalam peperangan gerila menentang pasukan keselamatan kita bukanlah satu perkara yang mengejutkan.
Ini kerana sumber risikan memberitahu yang Sultan Jamalul Kiram III memang menggunakan golongan tersebut sebagai ‘perisai’ dengan harapan pasukan keselamatan akan berfikir ‘dua kali’ untuk menyerang mereka.
Namun pada golongan berkenaan pula, Sultan Jamalul Kiram III cuba berbohong dengan menyatakan tujuan mereka dihantar untuk berperang dengan kerajaan Malaysia adalah demi perjuangan menegakkan Islam, demi mempertahankan tanah milik nenek moyang mereka dan berbagai lagi alasan hingga menyebabkan kaum wanita mereka ‘bersemangat’ untuk mengangkat senjata.
Paling menyedihkan, di saat kaum wanita mereka DIRACUN pemikiran dan tipu helah Sultan Jamalul Kiram III ini, anaknya, Jacel bersenang-lenang di Manila bersama bapanya.
Bahkan lebih menyakitkan hati, Jacel sempat lagi membuka akaun Twitter (@jacelkiram), nama yang digunakan…Princess Jacel Kiram!
Sudahlah bapanya sendiri pun tidak diiktiraf Sultan Sulu yang sebenar, si anak pula dengan bangganya menggelarkan diri sendiri dengan panggilan puteri!
Sayang sekali, permainan sandiwara Sultan Jamalul Kiram III ini masih gagal difahami oleh para pengikut taksubnya.
Si isteri sanggup meninggalkan keluarga, si suami sanggup mati, si anak yang tidak berdosa juga dibawa sekali ke medan perang demi nafsu dan ketamakan kuasa sultan mereka.
Akhirnya si isteri yang selama ini tidak pernah mengangkat senjata dan tak tahu apa-apa mati di hujung peluru, meninggalkan keluarga dan anak terkontang-kanting di kampung sedangkan Sultan Kiram III dan anak-anaknya masih cuba berlagak hero – di kota metropolitan Manila!
Apa lagi nak dikata...- Mynewshub.my
0 Response to "HOT : SULTAN 'PALSU' JAMALUL KIRAM TERDIAM KAKU BILA DITANYA KENAPA...."
Post a Comment