Top 10 Bazaar Ramadhan Di Lembah Klang

Top 10 Bazaar Ramadhan Di Lembah Klang | Sebut saja masuk bulan Ramadhan, umat manusia bukan main seronok lah kan berpesta makanan di bazaar-bazaar Ramadhan. Kalau ikut nafsu lapar tu semua benda nak dibelinya. Biasalah, bila dah seharian menahan lapar dahaga, nafsu makan tu makin menjadi-jadilah kalau dah disogok dengan macam-macam pilihan makanan depan mata. Peniaga pun apa lagi, bukan main galak meraih rezeki.

Di bulan Ramadhan, warga Malaysia berpusu-pusu ke bazaar di waktu petang untuk membeli makanan. Bagi umat Islam memang untuk berbuka puasa. Tapi bagi mereka yang bukan beragama Islam pula, mereka sama-sama memeriahkan bazaar-bazaar Ramadhan untuk menjamu selera dengan pilihan makanan yang berbagai-bagai yang jarang sekali dapat jumpa di bulan-bulan lain. 

Jadi hari ni, Mieza nak berkongsi sedikit info tentang top 10 Bazaar Ramadhan di sekitar Lembah Klang yang boleh korang kunjungi :-

STADIUM SHAH ALAM
Ini adalah bazaar Ramadhan terbesar di Selangor. Antara makanan terkenal di Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam ni ialah Papa John Kambing, Ayam Golek, Nasi Khabsa, Jus Mango "Oshin", Kebab Cucuk dan Kambing Golek.

SUBANG JAYA (SS18)
Kat sini diorang mula beroperasi awal iaitu seawal jam 3 petang. So, bolehla datang awal untuk elakkan kesesakan lalulintas dan masalah tempat letak kereta. Antara makanan yang terkenal di Bazaar Ramadhan SS18 ni ialah Ayam Golek dan Kambing Golek Grill.


JALAN TAR
Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kalau nak beli air murah-murah, boleh dapat kat sini. Antara menu terkenal di Bazaar Ramadhan Jalan Tar ni ialah Cendol dan Air Mata Kucing. RM2 sahaja..

KAMPUNG BARU
Bazaar Ramadhan kat Kampung Baru ni memang terkenal dengan bubur lambuk percuma. Boleh dapat kat masjid-masjid. So siapa yang nak rasa bubur lambuk percuma tu boleh la datang sini. Terdapat kira-kira 150 gerai yang beroperasi sepanjang bulan Ramadhan ni. Antara menu terkenal yang anda boleh dapat di Bazaar Ramadhan Kampung Baru ni ialah Bubur Lambuk, Roti John, Putu Bamboo dan Air Tebu.

TAMAN MELAWATI
Ni antara bazaar Ramadhan favourite Mieza & husband masa kitorang tinggal di Gombak dulu. Ada satu gerai mak cik ni, lauk-lauk dia memang sedap-sedap. Mak cik tu orang Kelantan. Kalau nak beli lauk dia kena pergi awal, kalau tak tinggal bekas je la jawabnya. Kitorang ni antara pelanggan tetap kat situ. Sampai mak cik tu dari jauh pun dah kenal kitorang, siap boleh dapat diskaun lagi. Kekeke.. Kat sini juga ramai artis-artis tempatan kita yang mengambil peluang membuka gerai-gerai makanan. Memang tak sah lah kalau tak jumpa artis kat sini. So, kalau rasa-rasa nak jumpa artis tu bolehla gi terjah Bazaar Ramadhan Taman Melawati ni. Antara menu terkenal kat sini ialah Ikan Bakar, Roti Boom, Dim Sum, Air Kelapa dah Kuih-Muih. Ikan bakar kat sini memang terbaik! ^_~

PANTAI DALAM
Bazaar Ramadhan Pantai Dalam ni terletak berdekatan dengan stesen LRT University. So, kalau nak elak  jam boleh la naik LRT je datang sini. Tapi kalau naik LRT jam ngan orang ramai pulak kan? Gugugu~~ Kalau nak naik jugak boleh, tapi keluar awal sikit.. Antara menu terkenal kat sini ialah Roti Jala, Kuih Cara, Ayam Percik dan Air Keladi.

KELANA JAYA
Bazaar Ramadhan Kelana Jaya ni terletak di seberang Mini Market Giant SS6/1, Kelana Jaya. Bagi yang biasa pergi Giant kat area situ tu taulah ni kan? Antara menu terkenal kat sini ialah Nasi Kukus, Air Kelapa dan Tebu tanpa tambahan, Nasi Goreng dan Sotong Bakar.Pergh! Sotong bakar..! Favourite jugak tu.. Glup! -.-'

TTDI
Kelebihan kat sini, perniagaan bermula awal untuk menarik pelanggan dari semua kaum dan agama. Bagi yang tidak berpuasa boleh dapatkan makanan tengah hari dan minum petang di sini. *Ni untuk yang bukan beragama Islam je ye. Korang yang Islam tu jangan mengada-ngada gi beli makan tengahari pulak* Sesuai untuk penghuni di Damansara dan Bandar Utama sebab bazaar ni terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3. Antara menu terkenal kat sini ialah Tepung Pelita, Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan Popiah.

BANGSAR
Bazaar Ramadhan Bangsar ni terletak di depan Masjid Bangsar dan food court. Siapa yang tinggal kat area Bangsar tu tau lah ni ye. So, antara menu terkenal yang korang boleh dapat kat sini ialah Ikan Bakar Portugis, Raja Murtabak, Rojak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Percik, Rojala. Apa tu Rojala? Mieza pun tak tau. Tak pernah lagi sampai sini. Roti Jala lah kot.. Gugugu~~

BANDAR BARU BANGI
Ha, yang ni jauh sikit dari bandar KL. Bazaar Ramadhan Bandar Baru Bangi. Ianya terletak di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Antara menu terkenal di sini ialah Ayam Golek, Nasi Ambang, Nasi Lemak Kukus dan Burger Bakar. Tu dia! Burger bakar, kalau dapat makan di bulan puasa ni memang nangislah kan? Kihkihkih!

Jadi inilah dia top 10 Bazaar Ramadhan di sekitar Lembah Klang yang korang boleh cuba terjah. Mieza sebenarnya bab-bab bazaar Ramadhan ni tak adalah gemar sangat nak pergi. Entah, macam tak ada benda menarik pun. Sama jugak macam pasar-pasar malam biasa. Cumanya lebih banyak pilihan. Tu jelah kot yang specialnya. Maybe sebab kat Ipoh ni Mieza belum jumpa bazaar Ramadhan yang betul-betul best macam kat KL dulu kot. Gugugu~~

Mohon jangan terliur pulak dengan gambar-gambar kat atas ni. Ekekekeke.. Petang ni boleh lah cuba try ushar bagi mereka yang tinggal di kawasan berdekatan tu ye..

0 Response to "Top 10 Bazaar Ramadhan Di Lembah Klang"

Post a Comment