Atlet SUKMA Dirogol Peserta Lelaki Bergilir-gilir | Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dia dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.
Remaja perempuan yang berusia 19 tahun itu mendakwa bahawa dia telah dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.
Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.
Memetik laporan Berita Harian, selepas kejadian, dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Atlet SUKMA Dirogol Peserta Lelaki Bergilir-gilir"
Post a Comment