Bintang Harry Potter Meninggal Dunia

wikia

LONDON  - Aktor Britain yang terkenal kerana peranannya dalam filemHarry Potter dan Withnail & I, Richard Griffiths meninggal dunia ketika berumur 65 tahun, kata ejen kepada pelakon itu semalam.


Mendiang yang merupakan satu daripada bintang yang wataknya disukai rakyat Britain meninggal dunia kelmarin akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan jantung, kata ejen Griffiths, Simon Beresford.

Griffiths akan terus dikenang peminat filem klasik Withnail & I sebagai Uncle Monty walaupun dia mempunyai penonton terbesar ekoran peranannya sebagai Uncle Vernon Dursley dalam filem Harry Potter.

Sementara itu, Daniel Radcliffe yang merupakan budak ahli sihir dalam siri filemHarry Potter memberi penghormatan terawal kepada mendiang yang menurutnya Griffiths telah banyak memberinya 'dorongan, didikan dan jenaka'. - AFP

0 Response to " Bintang Harry Potter Meninggal Dunia "

Post a Comment