Malam Jumaat, malam yang selalu dikaitkan dengan pasangan yang sudah berkahwin. Bagi yang belum kahwin, jangan pula ada berzina atau melakukan onani dengan alasan malam Jumaat. Tapi aku percaya kalau orang lelaki jangan kata malam Jumaat, hari2 juga mau malam Jumaat. Sebab orang lelaki ni dah memang lumrah nafsu seksualnya lebih kuat berbanding wanita. So aku tak heran kalau ramai lelaki yang gila seks. Tapi amat malang kalau anda itu seorang Melayu Islam, tak kira sama ada bujang atau sudah berkahwin dan ada anak2 dengan secara terbukanya menunjukkan yang anda ni memang gila seks di Facebook.
Aku ada terbaca pasal "Facebook group mencari kepuasan seks yang memalukan negara" yang menyentuh mengenai group facebook yang menghimpunkan lelaki dan wanita gila seks satu Malaysia untuk berkongsi pasangan dan memuaskan nafsu seks mereka dan lebih menyedihkan, ramai orang melayu kat dalam group tu.
Ramai yang tanpa segan silu memberi komen gila seks dengan guna nama dan gambar sebenar yang melayu habis di profile. Aku cuba nak cari group tu tapi nampaknya sudah tidak wujud dan telah dipadam. Namun aku ada terjumpa yang group lain yang lebih kurang sangap seks juga, dan aku tengok ada ahli group tu orang2 perempuan melayu (malah ada yang bertudung) yang tergedik2 nak berkenalan, cerita masalah peribadi malah ada yang offer tubuh badan, lepas tu berduyun2 la jantan2 hidung belang yang tak tahu malu cuba nak tekel suruh add ada siap mintak bagi nombor telefon lagi. Berikut adalah di antara contoh ahli perempuan group tersebut.
Bila aku stalk profile awek tu, aku tengok profile dia normal macam tipikal awek2 melayu lain, ada gambar tak pakai tudung, ada gambar pakai tudung, ada gambar siap pakai purdah lagi.
Tapi bila tiba dekat group yang dia join, memang tak boleh blah.
Ni pula contoh mesej seorang lelaki sangap kat group2 nih.
Bila aku stalk profile dia, status, fanpage, group, penuh dengan benda2 lucah, tapi tulis belajar kat Universiti Teknologi Malaysia. Seriusly dia tak malu ke dengan kawan2 atau sedara mara dia kalau mereka terjumpa profile dia nih?
Malah aku ada terjumpa juga seorang lelaki yang tulis komen di group tu mencari wanita2 gersang, bila aku bukak Facebook profile dia, ada gambar dia bersama isteri dia, anak2 dia, kawan2 pejabat dia, tapi dekat bahagian group tu terpampang dia join group2 durjana tu. At least kalau dia tak takut pada Tuhan pun, takkan la dia takde rasa malu kepada isteri, anak2, adik beradik, kawan2 atau kenalan2 lain?
Yang ni contoh sebuah fanpage pelacuran yang mengiklankan pelacur2nya secara terang2an, dan yang komen2 ramai orang melayu yang ada dengan tanpa segan silu guna nama dan gambar profile yang sebenar, malah siap ada yang bagi nombor telefon nak melanggan ayam2 yang diiklankan.
Seriuosly, apa nak jadi dengan segelintir orang2 melayu ni yang dah langsung hilang rasa malu dalam diri??? Tak malu ke bila ko pergi ke pejabat, tiba2 satu pejabat tahu ko join group lucah dan langgan pelacur kat Facebook?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Tak malu ke orang lain tahu kau gila s*ks?"
Post a Comment