Mahalnya Tudung Siti!
Tudung Siti Nurhaliza bernilai RM3,900
SITI menampilkan persembahan yang mengujakan.
MALAM AMAL TAHAJJUD CINTA berjaya mengumpul sebahagiannya RM3,900 menerusi bidaan tudung eksklusif penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
Dua helai tudung dilelong pada majlis di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada malam Rabu lalu masing-masing berharga RM1,100 dan RM2,800.
Tudung berwarna merah hitam idea Siti pernah dipakai ketika sidang akhbar Malam Amal Tahajjud Cinta sekitar bulan Disember tahun lalu manakala, tudung berwarna biru dipakai pelantun lagu Galau itu ketika membuat persembahan pada majlis itu.
“Tudung ini istimewa kerana saya sendiri yang mengilhamkan idea rekaan dan cara pemakaiannya. Pemilik tudung-tudung ini perlu berjumpa saya untuk belajar cara memakainya.
“Lebih menarik tudung-tudung ini juga pernah dipakai saya dan mungkin masih ada kesan peluh saya,” ujarnya berseloroh usai membuat persembahan pada malam itu.
Tudung pertama yang dilelong berjaya dimiliki oleh Noaryati Ahmad manakala tudung kedua pula menjadi milik Fauziah Syeikh Omar yang jelas teruja ketika memenangi kedua-dua tudung istimewa itu.
Selain lelongan tudung, sebuah potret Siti Nurhaliza karya pelukis tersohor negara, Abdul Rahman Sulaiman terjual dengan harga RM2,600.
Tidak sah sekiranya majlis yang dijayakan oleh Siti tidak mendapat teriakan daripada peminatnya ketika penyanyi bersuara lunak itu mengalunkan lagu-lagu indah yang disusun semula oleh Aubrey Suwito.
SITI bersama Fauziah yang berjaya membeli sehelai tudung yang dilelong pada majlis Malam Amal Tahajjud Cinta.
p/s mahalnya tudung Siti,tak termampu akak....akak cuma pakai tudung yg regenya RM10 je,paling mahal pun x sampai RM50...huhu
0 Response to "Mahalnya Tudung Siti!"
Post a Comment