Kisah Mualaf Bernama Balqis



Kisah Mualaf Bernama Balqis | Biar saya cerita. Semasa solat asar di surau 1Borneo tadi, tiba-tiba seorang perempuan masuk dengan pakaian begitu seksi. Skirt paras paha, menampakan warna kaki yg putih gebu dan baju lengan pendek. Semua orang dalam surau terperanjat melihat kehadirannya lebih-lebih lagi wanita yang bertudung lebar. Ada yang geleng-geleng kepala dan berbisik-bisik. Wanita tadi tidak hiraukan apa yang berlaku, dia terus berwuduk dan memakai telekung lalu solat.


Saya duduk dibelakangnya, demi Allah saya betul-betul kagum dengan wanita itu. Walaupun dia seksi tetapi dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslim.

Gambar diatas kalau anda semua boleh perasan, cara duduk tahiyat akhir wanita ini adalah silap. Kakinya diletakkan di sebelah kiri walha sepatutnya kanan. Dalam hati saya terdetik, mungkin wanita ini baru hijrah atau menggenal sembahyang. Tapi dia berusaha. Saya kagum !

Selesai dia solat, saya beranikan diri menegur dia. Mula-mula puji kulit dia yang putih gebu, tanya bangsanya, asal di mana dan semualah.. selepas itu saya meneka-neka adakah dia saudara baru (masuk islam). Tekaan saya betul.

Wanita ini berketurunan cina, nama islamnya adalah Balqis. Dia baru belajar solat dan dia tidak tahu cara duduk tahiyat itu silap kerana tidak pernah ditegur sesiapa. Demi Allah, saya kagum dengan mua'laf itu. Dia belajar solat dan jika begitu imannya, saya tidak hairan jika suatu masa dia berjilbab. Semoga dia istiqomah. Amin

Di antara wahyu Allah kepada nabi Dauud 'alaihis salaam:
"Tiada seorang hamba yang taat kepada-Ku melainkan Aku memberinya sebelum dia minta, dan mengabulkan permohonannya sebelum dia berdoa, dan mengampuni dosanya sebelum dia mohon pengampunan (istighfar)." (HR. Ad-Dailami)

Iblis berkata kepada Robbnya, "Dengan keagungan dan kebesaranMu, aku tidak akan berhenti menyesatkan bani Adam selama mereka masih bernyawa." Lalu Allah berfirman: "Dengan keagungan dan kebesaranKu, Aku tidak akan berhenti mengampuni mereka selama mereka beristighfar". (HR. Ahmad)

0 Response to "Kisah Mualaf Bernama Balqis"

Post a Comment