3 soalan orang Melayu yang pelik bagi orang Cina dan India


Soalan 1: bila ang nak masuk melayu?
haaa... (O_O) gulps...

Soalan 2: perkara pertama bila ang masuk Islam, ang kena sunat tau dak?
haaaaa!.. (X_X) gulps..ayoyo..

Soalan 3: Bila ang masuk Islam?
ehh? (o_0) haaa?? dari nenek moyang aku, kami semua beragama Islam

haa, inilah antara-antara situasi dalam Malaysia.

situasi pertama: bila pula masuk Islam itu, masuk melayu...melayu, melayu lah, Islam, Islam lah...Melayu tu bangsa, ini ketentuan ALLAH. Islam itu agama, ini hidayah ALLAH. Ramai yang celarukan fikiran, bahawa Islam itu melayu, dan melayu itu Islam. adehh

betulah sikit, jika dalam konteks Malaysia, tapi disebabkan pemikiran macam ini, ramai yang salah faham tentang ISLAM.


Situasi Kedua:

pergh..ini pun satu kes, ada orang India ni, dia berminat dengan Islam, jadi dia tanya lah seorang pak cik, orang melayu kita lah, "En, saya mau masuk Islam, macam mana yer"

kata pak cik tu "ooo senang ajer...wei! ang kena SUNAT OOOO! POTONG dulu!"

adeh..sampai kesudah mamat India tu tak masuk Islam lagi

apa punya perangai daa...




situasi ketiga: ramai yang salah sangka bab ini, ada ke patut..

si mamat melayu ni tanya pada seorang pak cik Cina, "ehh pak cik, bila pak cik masuk Islam", dengan penuh minat nak dengar jawapan dari pak cik tu.

pak cik tu hairan lah, dia pun jawab
"pak cik memang Islam pun, dari generasi nenek moyang pak cik lagi, kami semua Islam"

haishh..walaupun diorang tu berbangsa India atau China, tak bermaksud mereka tu bukan ISLAM.

haaa, kebetulan, tadi baru saya tersempak dengan orang melayu yang bukan Islam, dia anuti agama Hindu

"Saya penapadi, mengingati andai kita terlupa"  Salam

*gambar2 kat atas tu merupakan wajah2 saudara-saudara kita di China..menarik bukan? mereka lebih ramai dari kita di Malaysia

0 Response to "3 soalan orang Melayu yang pelik bagi orang Cina dan India"

Post a Comment