Si Pocong




ASSALAMUALAIKUM YA AHLI DUNIA...

Hai, nama saya pocong, itu gelaran yang manusia bagi, tapi hakikatnya saya tak wujud. Jika wujud pun, ia adalah jin-jin jahat yang suka mengganggu manusia, bukannya orang mati yang hidup kembali atau seumpama dengannya (hantu).. Tak percaya? mari dengarkan hadith di bawah..
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang hamba (yg telah meninggal dunia) akan diletakkan di dalam kuburnya dan apabila pulang sahaja saudara dan ahli keluarga, dia akan mendengar bunyi tapak kaki mereka dan ketika itulah dia didatangi oleh dua malaikat (yg bernama Munkar dan Nakir) maka didudukkan si mati itu. Maka kedua malaikat itu pun mula menyoal (soalan kubur).

“Apa yang kamu tahu tentang lelaki ini (Muhammad bin Abdullah)?”

Maka kata Nabi s.a.w: Sekiranya si mati itu orang yg beriman maka dia akan menjawab (dengan lidah fasih dan lancar).

“Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah dan rasulNya.”

Maka malaikat itu pun berkata padanya :

“Lihatlah tempat dudukmu dari api neraka yg sekiranya kamu tidak dapat menjawab soalan dgn betul telah digantikan oleh Allah dgn tempat dudukmu daripada syurga.”

Adapun orang yang kufur(jahat) dan munafik (banyak dosa) maka apabila ditanya kepada oleh malaikat tentang Nabi s.a.w, maka jawabnya aku tidak tahu, aku mengenali Nabi s.a.w hanya mendengar-dengar cerita orang lain sahaja tanpa aku mengenalinya dengan lebih mendalam.

Maka kedua-dua malaikat itupun menyindir:

“Bagaimana kamu mengenali Muhammad s.a.w sedangkan kamu sendiri tidak pernah mengkaji ayat Allah dan mempelajari sunnah baginda?”

Lalu si mati itu dipukul dengan penukul-penukul daripada besi sehingga dia terpekik terlolong, yang suara jeritan itu tidak didengari oleh manusia melainkan haiwan.

(Hadith Sahih Muttafaqu Alaih)

Bagaimana orang yang disiksa nak naik ke atas bumi dan mengganggu padahal mereka disiksa?

0 Response to "Si Pocong"

Post a Comment