Rozita Che Wan kena baca yang ni…


DrHarlina
Lama tak bergosip tentang artis. Menunggu Najib membubarkan Parlimen yang entah bila, apa kata kita bercerita tentang Che Ta yang bakal mendapat laki muda. Insyaallah. Bergosip sesuatu yang bukannya tak tentu hala.


“Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri. Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya.”
Che Ta juga sempat berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga ‘tepi kainnya’. – SinarHarian
Itulah jawapan Rozita Che Wan kepada Sinar Harian 20 Mac lalu apabila ditanya tentang pakaiannya dengan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English.

Jawapan yang tak baik bagi ibu yang mempunyai dua anak yang meningkat dewasa dan bagaimana jawapan itu sekiranya diluahkan anaknya kepada dirinya. Lagi teruk anak itu akan dimarahi. Juga jawapan yang tak matang bagi artis yang dah nampak matang.

Kalau itulah jawapan Rozita, bagaimana kiranya pengkritiknya dan peminatnya berkata, “Peha you punya, lurah-lurah you punya, mata hak saya untuk melihat, mulut hak saya untuk mengutuk.” Apa rasanya.
Jawapan itu juga memanaskan telinga Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj sehingga tampil membuat kenyataan.

Kenyataan pedas Dr Harlina Halizah Siraj untuk membetulkan apa yang tidak betul tentang seseorang yang suka menggunakan “hak saya” termasuk Rozita sendiri. Lupa tentang hak Allah yang menjadi landasan ke atas “hak saya” sehingga boleh bercakap sesuka hati.

Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa! – MyNewsHub

0 Response to "Rozita Che Wan kena baca yang ni…"

Post a Comment