Rata- rata laman forum yang admin kunjungi memperkatakan tentang artikel yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita online seperti yang dikongsikan di bawah;
* Agensi berita Filipina, Inquirer melaporkan Amira Taradji, 44, mendakwa polis Malaysia memaksa lelaki-lelaki warga Filipina berlari sekuat hati, sebelum menembak mereka ketika menyerbu kumpulan pengganas itu di Sandakan, Sabah.
* Wanita itu mendakwa serbuan itu sangat teruk buat rakyat Filipina dan kaum Suluk.
* ''Beberapa lelaki yang menunjukkan dokumen imigresen telah ditembak mati,'' dakwanya, memetik cerita warga Filipina lain yang melarikan diri bersamanya dari Sabah.
* Taradji mendakwa mereka yang ditangkap pula tidak diberi makanan.
* Beliau yang tinggal di Sandakan sejak berumur enam tahun dan memiliki kad pengenalan MyKad Malaysia berkata, mereka meninggalkan rumah di Sandakan apabila serbuan polis bermula pada awal minggu ini. *Seorang lagi warga Filipina, Carla Manlaw, 47, berkata, kebimbangan tinggi terhadap polis Malaysia menyebabkan dia dan keluarganya melarikan diri ke Bongao, Tawi-Tawi.
* Dia bersama 99 warga Filipina lain yang menaiki dua buah bot ditahan ketika memasuki perairan Filipina dari Sandakan.
* ''Ramai yang melarikan diri bersama saya bimbang ditahan polis Malaysia,'' katanya. - AGENSI
* Melalui artikel di atas, admin lihat terdapat usaha beberapa individu untuk menangguk di air yang keruh dengan mengaitkan insiden tersebut dengan isu pemberian Kad Pengenalan yang sering digunakan Pakatan Rakyat.
Sungguhpun begitu, persoalan yang admin ingin timbulkan, sekiranya benar wanita itu mempunyai kad pengenalan, kenapa pula dia harus turut melarikan diri ketika serbuan itu dilakukan?
Malahan dakwaan wanita tersebut yang mengatakan beberapa lelaki yang menunjukkan dokumen imigresen telah ditembak mati juga pada tanggapan admin, hanyalah sekadar penyedap dan penambah perisa atas dakwaannya untuk memburukkan lagi imej pasukan keselamatan yang sememangnya dikenali bertugas penuh integriti. Mustahil mereka akan memperlakukan sebegitu rupa sekiranya mereka tidak membahayakan keselamatan mereka.
0 Response to "Perlarian Wanita Filipina Cuba Menipu #LahadDatu"
Post a Comment