Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan kenyataan biadap guru itu yang menghina dan mengguris hati banyak pihak serta menjejaskan reputasi dan imej warga pendidik di negara ini.
"Seorang guru sepatutnya menjalankan amanah yang dipikulnya dengan penuh tanggungjawab malah sepatutnya menjadi model semangat patriotisme kepada
masyarakat khususnya anak didik mereka," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Pelajaran.
Abdul Ghafar menegaskan Kementerian Pelajaran sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan polis dan tentera dengan mendoakan keselamatan mereka.
"Seluruh warga pendidik mendoakan pasukan keselamatan dikurnia kekuatan dan semangat kental dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara," katanya. - Bernama melalui SINI
Ini adalah sebahagian daripada kata-kata penghinaan beliau.
Memang patut kena tangkap. Memang biadap abis..
0 Response to "Cikgu Doggie ditangkap polis"
Post a Comment