Raja Azmi dikritik teruk ajar anak merokok - Sejak bergelar tunangan kepada bekas pemain bass kumpulan CRK, Eddie pada 15 Julai lalu, Raja Azmi terus menyepi dari dunia hiburan dan kurang menjadi perbualan hangat di kalangan peminat dan orang ramai.
Terbaru, pengarah dan penerbit tersohor itu kembali menimbulkan kontroversi murahan apabila berkongsi sekeping gambar dirinya sedang mendukung bayi yang sedang menghisap sebatang rokok.
Gambar berkenaan telah dimuatnaik oleh portal rotikaya menerusi fanpage facebook miliknya dan dengan cepatnya terus menerima kritikan dan reaksi negatif di kalangan pengguna facebook lain.
Antara komen paling pedas dilemparkan oleh peminat kepada Raja Azmi ialah perkataan bodoh dan makcik tua kerana mereka mendakwa bekas isteri Jailani Sidek itu sengaja mencari publisiti murahan dan cuba mengajar bayi berkenaan dengan perangai buruk yang boleh merosakkan akhlak.
Rasanya Raja Azmi cuma bergurau kot. Tak pelik pun berkongsi gambar sempoi sebegitu untuk tatapan peminat. Lagpun dah lama wanita ini menyepi dari dunia hiburan selepas sah bergelar tunang kepada Eddie CRK.
0 Response to "Raja Azmi dikritik teruk ajar anak merokok?"
Post a Comment