Mamat Sepah Berikan Mini Cooper Untuk Kekasih?


Mamat Sepah Berikan Mini Cooper Untuk Kekasih? Menerusi artikel yang lalu, kami ada menyatakan bahawa pelakon dan pelawak, Mamat Sepah telah membeli sebuah Mini Cooper edisi terhad. Terbaru difahamkan bahawa Mini Cooper itu telah diberikan kepada kekasih barunya, Syafiqa untuk dipandu ke mana-mana sahaja.

Menurut blog hiburan Murai Batu, rakannya ada terlihat kelibat kekasihnya itu memandu kereta mewah berwarna krim itu seorang diri.

Kisahnya, pada mula dilihat kelibat pasangan ini menuju ke kereta milik Mamat itu namun selepas itu kekasihnya itu masuk ke tempat duduk pemandu dan Mamat pula hanya berada diluar kereta seperti berpesan sesuatu serta membelai rambut aweknya itu.

Tidak lama kemudian, Syafiqa berlalu pergi dengan memandu kereta Mini Cooper John itu sendirian. Manakala Mamat pula menumpang kereta rakan artis yang lain untuk pergi ke tempat show yang sama. Wah! nampak gayanya Mamat Sepah ini merupakan seorang lelaki yang romantik juga.

0 Response to "Mamat Sepah Berikan Mini Cooper Untuk Kekasih?"

Post a Comment