Pelakon filem Tanda Putera, Linda Hashim disahkan mengandung dan usia kandungannya sudah mencecah tujuh minggu. Memetik kenyataan di sebuah laman hiburan, isteri kepada pelakon Beego itu berkata, dia sebenarnya baru sahaja menyedari dirinya telah berbadan dua selepas sering tidak sihat dan mengalami pelbagai simptom-simptom ibu mengandung.
“Selepas kandungan berusia sebulan lebih baru ia dapat disahkan. Sebelum ini, saya memang kerap rasa tidak sedap badan tetapi saya tidak mahu terlalu berharap, bimbang keputusannya kelak mengecewakan.
“Tetapi sebaik sahaja disahkan oleh doktor, kami rasa bersyukur sangat dan Beego adalah orang yang terlalu teruja sehingga dia melompat ketika keputusan ujian kehamilan menunjukkan hasil positif. Sekarang saya sering merasa lapar walaupun selepas makan dan setakat ini saya belum muntah.
“Cuma saya kerap merasa loya dan tidak sihat sahaja. Beego juga cukup mengambil berat dengan kesihatan saya sekarang ini,” ujar Linda yang dijangka akan bersalin penghujung April tahun hadapan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Jun lalu.
0 Response to "Linda Hashim Hamil 7 Minggu"
Post a Comment