Ngeri! Lelaki Kerat Kepala Ibu Kandung (Kejam!)


relevan

Ngeri! Lelaki Kerat Kepala Ibu Kandung (Kejam!)| Memang sungguh kejam apabila seorang lelaki ini dipercayai bertindak kejam membunuh ibunya. Tidak cukup itu lagi, diamengerat tubuh ibunya. Bagi kita ia merupakan satu tindakan jenayah yang tidak berperikemanusiaan. Bukankah ibu itu patut disayangi dan dihormati bukan seperti apa yang berlaku sekarang ini. Kejadian bunuh seperti ini dianggap seperti satu permainan pula pada zaman ini. Semoga kita dielakkan daripada perkara sedemikian.

New York: Foto mengerikan menunjukkan seorang lelaki dari Bronx yang dituduh membunuh dan mengerat tubuh ibunya sambil tersenyum dan mempamerkan kepala si mati didedahkan di akhbar semalam.
Bahsid McLean, 23, bergaya di depan cermin bilik air memegang kepala ibunya, Tanya Byrd yang masih berlumuran darah, seperti trofi, dan menggunakan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar mengerikan itu sebagai kenang-kenangan.

Gambar itu disiarkan akhbar New York Post, semalam. McLean dituduh membunuh Tanya, 45, selepas satu pertengkaran di mana si ibu memberitahu anak lelakinya itu agar menjadi matang dan berpindah keluar dari apartmen mereka. Menurut polis, foto mengejutkan itu hanya satu daripada beberapa imej yang ditemui dalam telefon bimbit McLean. Polis berkata, selepas McLean menikam ibunya, dia mengerat tubuh mangsa dengan gergaji.

Dia dan rakannya kemudian memasukkan bahagian tubuh mangsa ke dalam tiga beg sampah, sesetengahnya dizip dalam bagasi dan dibuang sekurang-kurangnya di empat lokasi di Morrisania.

McLean yang tampil di mahkamah Jumaat lalu untuk menghadapi pertuduhan, mendakwa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dengan memakai beg plastik sampah berwarna hitam ke mahkamah kerana kerap terkencing, dia ditahan bagi mengelak membunuh diri selepas serangan mengerikan terhadap ibunya awal minggu lalu. Lelaki menghidap sakit mental itu memberitahu hakim dia cuba membantu ibunya yang sakit.

Ketika kemunculan di mahkamah, McLean melakukan beberapa aksi ganas dan dia ditahan tanpa ikat jamin.
“Dia benar-beanr sakit,” kata sumber polis kepada New York Post.

“Ia tindakan yang menakutkan. Lelaki terbabit memang betul-betul sakit mental kerana melakukan perbuatan kejam itu.” Gambar mengerikan itu ditemui polis dalam telefon bimbitnya dan pengakuan awalnya mendorong kepada tuduhan membunuh Rabu lalu.

0 Response to "Ngeri! Lelaki Kerat Kepala Ibu Kandung (Kejam!)"

Post a Comment