13 Mei : Sejarah Penting Malaysia Yang Dilupakan
Ingat lagi kata-kata guru Sejarah saya dulu, Tragedi 13 Mei adalah sejarah penting Malaysia yang tersimpan rapat dalam lipatan sejarah. Saya sedar peristiwa ini merupakan satu taboo yang masih belum boleh disentuh oleh rakyat Malaysia. Tapi jika dilihat daripada sudut yang positif, pasti ada pengajaran yang kita dapat perolehi daripada tragedi ini. Setiap apa yang berlaku, pasti ada sebab dan di sebaliknya pasti ada hikmah!
Saya hanya mahu berkongsi aspirasi dan pengajaran yang kita semua boleh perolehi daripada peristiwa malang ini. Di pihak masing-masing, ternyata berlaku kerosakan yang amat dahsyat. Justeru itu, peristiwa ini merupakan titik tolak untuk kita sama-sama lebih hormat menghormati antara satu sama lain dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Pengajaran
1. Jangan Keterlaluan dan Terlalu Emosi
Tidak perlu bersikap yang keterlaluan dalam memperjuangkan ideologi masing-masing sehingga mengikut emosi dan amarah. Otak kita dikurniakan dengan akal yang bijak untuk memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan kita. Berfikir lah sedalamnya jika berada dalam kawalan amarah, sebelum kita bertindak. Sikap sebegini hanya merugikan diri sendiri, malah lebih teruk jika melibatkan orang lain juga.
2. Terima Kekalahan atau Kemenangan Dengan Bersederhana
Semua pihak seharusnya menerima kemenangan/kekalahan dengan cara yang bersederhana. Tindakan provokasi daripada satu pihak yang lain hanya akan boleh mengundang pelbagai lagi tindakan yang tidak diingini. Oleh itu, tak kira sama ada kita kalah/ menang, konsepkesederhanaan perlulah dititik beratkan. Jika difikir dengan otak yang waras, tentu ada lebih banyak lagi cara untuk menyelesaikan permasalahan dengan lebih bijaksana!
3. Perbaiki Hubungan Antara Kaum
Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah diri untuk semua pihak supaya memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sesama kita sebelum ini dan selepas ini. Seperti yang telah dikatakan, semua pihak harus hormat menghormati antara satu sama lain dan juga seterusnya saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Tak mustahil ada pihak yang akan ambil kesempatan atas kelemahan kita, hingga "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".
4. Betapa Pentingnya Kesatuan
Satu perkara yang tak dapat nak dinafikan adalah kepentingan untuk kita semua bersatu. Nampak benar sekarang ini kita dah berpecah kepada banyak kelompok yang hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja. Kesatuan dikemudiankan. Mungkin kita dah lupa pada kisah seorang anak yang diajar oleh bapanya tentang pentingnya bersatu, dengan hanya menggunakan lidi. Ingat, jangan sampai dah tanah tergadai, baru nak bersilat berpencak..
p/s : Cukup anti dengan orang yang mengaku rakyat Malaysia, tapi langsung tak pandai cakap Bahasa Malaysia. Orang Malaysia lah sangat kan?
0 Response to "13 Mei : Sejarah Penting Malaysia Yang Dilupakan "
Post a Comment