Wasiat Pelik! Ayah Minta Sarungkan Kaki Ketika Dikafankan


Wasiat Pelik! Ayah Minta Sarungkan Kaki Ketika Dikafankan | Satu permintaan yang pelik sebenarnya apabila seorang ayah mewasiatkan kepada anaknya agar menyarungkan kakinya dengan stokin saat dikafankan. Seorang anak yang sentiasa taat dan hormat kepada ayahnya bertindak menunaikan wasiatbapanya. Namun ketika mahu menyarungkan, tindakannya itu dihalang oleh orang yang berada di situ. Persoalannya, mengapa si bapa meminta anaknya berbuat demikian?
stokin

Tersebut sebuah kisah pada zaman kegemilangan Islam dahulu, terdapat seorang tua yang cerdik, alim dan kaya raya sedang nazak dirumahnya. Beliau memanggil anak-anaknya untuk memberi peringatan terakhir. Seolah-olah mengetahui akan masa ajalnya, sebelum beliau dipanggil ke ilahi, beliau memesan kepada anak-anaknya agar setelah jenazahnya dimandikan dan disucikan kelak, sarungkanlah sebelah stokin ke kakinya sebelum dikafankan.
Tidak lama selepas itu, Si tua tersebut dipanggil untuk menghadapa ilahi. Seisi rumah menjadi suram dan bungkam. Setelah dimandikan dan disucikan, tukang mandi jenazah hendak mengangkat jenzah arwah tersebut untuk dikafankan. Si anak yang mendengar akan kata-kata terakhir ayahnya, teringat akan wasiat stokin tersebut. lantas beliau mencari stokin untuk disarungkan ke kaki bapanya. Belum sempat disarungkan, tukang mandi jenazah membantah kerana hal seperti itu adalah tidak sma sekali dibenarkan didalam Islam. Si anak mengatakan bahawa itu adalah wasiat terakhir ayahnya dan perlu dilaksanakan walaubagaimana sekalipun. Pertengakaran tersebut dibawa kepada pandangan mufti dan ijtihad para ulama’. walau bagaimanapun, perlakuan tersebut tetap adalah dilarang didalam Islam.
Rupanya, tanpa Si anak mengetahui, ada seorang lagi tua yang kagum melihat aksinya yang begitu ta’at akan perintah bapanya. Beliau mendekati Si anak dan mula memulakan bicara.
“Wahai orang muda, aku amat kagum melihatmu yang begitu ta’at dengan permintaan bapamu, walaupun perkara tersebut adalah dilarang didalam Islam. Sebenarnya, aku adalah seorang yang diamanahkan oleh bapamu untuk memegang wasiatnya yang menyatakan bahawa segala harta dan pemilikannya adalah milikmu sekarang wahai orang muda.”
Apabila melihat si anak masih lagi terpinga-pinga, Si tua itu tersenyum dan menyambung bicaranya,
Apa yang dilakukan olehmu merupakan satu bukti bahawa kamu masih menghormati dan menta’ati ibubapamu walaupun mereka telah tiada, satu kemuliaan yang tiada pada adik beradikmu yang lain. Seperkara lagi, tentang stokin itu, itu adalah satu nasihat bapamu kepadamu. Lihatlah wahai orang muda, apabila bapamu telah memulakan langkah menghadap Ilahi, tiada apa pun yang dibenarkan untuk dia bawa bersama bahkan sehelai stokin, harta benda juga tidak boleh dibawa, melainkan hanya ilmu dan amalanmu untuk menghadap Yang Esa, bersedialah dari sekarang memandangkan kamu masih mempunyai banyak masa daripadaku,” -
Masya Allah, begitu hebat Si Tua yang telah meninggal tersebut, walaupun hampir hilang nyawa, masih sempat lagi untuk memeberi nasihat, bukan sahaja kepada anaknya, namun juga kepada kita semua. =) Renungkanlah…
Sumber : Dur Fiqalbi

0 Response to "Wasiat Pelik! Ayah Minta Sarungkan Kaki Ketika Dikafankan"

Post a Comment