Benarlah kata orang, teknologi maklumat sekarang sangat cangih sehingga membolehkan orang ramai mempercayai sesuatu perkara secara bulat-bulat. Termasuklah admin sendiri. ( Maaf la yek) ==’
Hal ini berlaku apabila kecoh di internet mengatakan Samsung membayar saman kepada Apple sebanyak USD1 billion dengan menggunakan syiling 5 sen!
Ia sebenarnya tidak pernah berlaku dan Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook sendiri sudah mengesahkkannya.
Menurut laman web www.guardian.co.uk semua itu tidak masuk akal. Mana mungkin Samsung boleh menyediakan syiling sebanyak itu dalam masa yang singkat.
Malah, Samsung memerlukan 2,755 trak untuk menghantar syiling berkenan ke pejabat Apple dan kemudian pulang semula.
Itu semua memerlukan kos yang tinggi!
Tambahan pula, di Amerika Syarikat terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi di mana sesebuah syarikat itu berhak membuat pilihan dengan cara apakah bayaran balik perlu dibuat.
Contohnya memilih cek atau debit.
Jadi, semua yang berlaku itu hanya khabar angin semata-mata. -Mynewshub
0 Response to "Bayar Guna Duit 5 Sen Samsung Kepada Apple Hanya Khabar Angin!"
Post a Comment