[Video] Lawak! Mamat Batu Pahat Ni Mengaku Datang Dari TOKYO Untuk Ujibakat


Pertandingan mencari bakat baru VOKAL Bukan Sekadar Rupa terbitan TV3 dah pun masuk musim kedua.
Untuk itu, beberapa sesi ujibakat telah pun diadakan di seluruh negara.
Menerusi sesi ujibakat ini, ia akan memperlihatkan pemilihan secara ‘semula jadi’ di mana faktor vokal masih diberikan keutamaan oleh pihak juri dan produksi.
Beberapa pembaharuan bakal dilakukan menerusi VOKAL musim kedua ini bagi memantapkan lagi mutu pengisian program agar terus segar dan menepati selera para penonton TV3.

Ketika sesi ujibakat, para peserta digalakkan untuk berkongsi bakat seni yang mereka miliki seperti lakonan, bermain alat muzik atau menari.
Tetapi tahukah anda, ada pelbagai insiden lucu yang terjadi sepanjang ujibakat itu diadakan.
Antaranya seperti klip di bawah, bagaimana seorang peserta dari Batu Pahat, Johor bermati-matian menyakinkan komposer Azmeer dan Ajai agar dia diberi peluang untuk terus diuji bakat walaupun percubaan pertamanya gagal.
Alasannya…dia sanggup datang dari Jepun untuk uji bakat!
Adoy, layan jelah klip ini…

0 Response to "[Video] Lawak! Mamat Batu Pahat Ni Mengaku Datang Dari TOKYO Untuk Ujibakat"

Post a Comment