Mati Sakit Jantung, Bukan Kena Pukul Dgn Polis


Sugukumar-300x225
KAJANG, 24 Jan (Bernama) — Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah
mental meninggal dunia secara mengejut selepas merosakkan harta benda awam dalam
kejadian amuk dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata dalam
kejadian bermula 6.30 petang itu, C. Sugumaran, 39, yang bekerja sebagai
pengawal keselamatan di Hulu Langat menggunakan palang besi untuk merosakkan
harta benda awam.
Beliau mula mengamuk dari Taman Sri Nanding di sini sebelum menuju ke Taman
Desa Raya dan Taman Lagenda Suria.
Abdul Rashid berkata polis mengekori suspek sejauh dua kilometer sebelum dia
tiba-tiba terjatuh di bahu jalan.
“Ketika itu, polis dan orang awam menangkap lelaki itu yang bertindak
agresif dan beliau didapati tidak sedarkan diri ketika berada dalam kenderaan
polis,” katanya pada sidang media di sini malam ini.
Menurut Abdul Rashid, samasa dalam perjalanan ke Hospital Serdang, beliau
disahkan meninggal dunia.
“Hasil bedah siasat menunjukkan beliau mengalami saluran jantung tersumbat
dan tiada sebarang kecederaan lain,” kata Abdul Rashid menegaskan kematiannya
tiada kena mengena dengan tindakan polis ketika menahan beliau.– BERNAMA

0 Response to "Mati Sakit Jantung, Bukan Kena Pukul Dgn Polis"

Post a Comment