LELAKI KACAK TAK TINGGAL SOLAT JUMAAT



Assalamualaikum….
Lelaki Kacak tak tinggal Solat Jumaat | Pejam celik pejam celik, tak sedar pulak hari ni da masuk Jumaat yang ke 3 dalam bulan May..tak sangka masa berlalu terlalu cepat,  Jumaat merupakan  pengulu segala hari, Alhadmulilah kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat dan membetulkan kesilapan diri… dan Solat Jumaat wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki.

Firman Allah SWT:
“ “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],” (Surah Al-Jumu’ah: 9)

Sabda Rasulullah SAW:
“ “Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit.” (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

Tapi semakin kita maju semakin banyak yang alpa dengan keduniaan yang sementara sehingga lupa tentang akhirat yang kekal. Korang pecaya tak ade kaum lelaki tidak pergi solat Jumaat?? tak kira dia seorang Lelaki Kacak  ke atau tidak yang penting di seorang Lelaki. Bagi Saya Lelaki itu lebih kacak jika tidak meninggalkan Solat Jumaat dan Solat harian, Kacak bukan saja dari segi rupa.. tapi lebih kacak jika agama di utamakan.

mungkin alasan di akan diberikan seperti gambar di bawah ini
Sedarlah wahai kaum lelaki…
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“ “Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk” (Hadis riwayat Abu Daud)

Kepada Lelaki Kacak  Saya, Jangan sesekali tinggal solat Jumaat tahu… Saya percaya kamu sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu untuk jadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.amin

0 Response to "LELAKI KACAK TAK TINGGAL SOLAT JUMAAT"

Post a Comment