Gempar! Tsunami Lumpur Melanda Di Putra Heights | Jangan ingat ‘tsunami‘ sahaja yang boleh berlaku di kawasan pesisir pantai, tetapi di jalan raya juga boleh berlaku. Tsunami yang dimaksudkan ini merupakan banjir lumpur yang tiba-tiba mengalir deras ke jalan raya. Kami difahamkan, terdapat beberapa kenderaan menerima tempias ‘tusnami’ tersebut. Ekoran daripada kejadian itu, beberapa buah kenderaan didapati tersekat akibat lumpur tersebut. Boleh lihat gambar di bawah ini.
SUBANG JAYA: “Ketika memandu kereta, tiba-tiba saya melihat tanah lumpur seperti ombak tsunami datang dari bukit berhampiran dan menimbus kereta saya. Beberapa saat kemudian, satu lagi runtuhan berlaku dan tanahnya menghala ke arah kereta saya.
“Tanpa berfikir panjang, saya menarik tangan isteri dan keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri,” kata Abdul Talib Ramli, 59, seorang daripada lapan mangsa kejadian tanah lumpur di Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights, di sini, jam 6.15 petang semalam.
Dalam kejadian itu, lima kereta, sebuah van dan sebuah motosikal diselaputi lumpur akibat runtuhan tanah dari Bukit Cermin yang jatuh ke dalam takungan air di kaki bukit sebelum melimpah atas jalan.
Abdul Talib berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, Siti Laila Othman, 57, dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumah di Putra Heights.
“Keadaan cuaca ketika itu cerah dan tidak hujan,” katanya yang memberitahu turut melihat jelas sebuah Perodua Viva dan Toyota Vios yang melalui jalan sama ‘bermandi’ lumpur.
Sumber : Harian Metro
0 Response to "Gempar! Tsunami Lumpur Melanda Di Putra Heights"
Post a Comment