KUALA LUMPUR - Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.
"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.
Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan. - Bernama
Related Posts :
Sah gambar Blackout ditunjukkan SPR asli, ini buktinya Sahlah Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad membuat kenyataan palsu. Gambar yang ditunjukkan Wan Ahmad adalah asli dan kejadian elektrik padam … Read More...
Wanita Pencuri dipukul dan ditelanjangkan di jalanan Kasihan, Gadis bernama Mujer lincha asal guatemala ini harus menahan sakit dan malu akibat perbuatannya. Peristiwa pemukulan ini … Read More...
Sumpah laknat Saiful Bukhari - Lihat siapa yang kena laknatPada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah m… Read More...
Video Dan Gambar Perompak Kedai Emas Ditembak Mati Di Kota BahruKOTA BHARU: Dua penjenayah yang dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, pagi tadi terpaksa berputih mata apa… Read More...
Vivian Lee Dirompak Dan Ditikam Dengan Pisau.Vivian Lee yang membuat kontroversi popular menerusi post gambar-gambar terlampau bersama teman lelaki di laman blog. Kekasih kepada Alvin i… Read More...
0 Response to "Atlet bola jaring SUKMA dirogol bergilir-gili"
Post a Comment